Cikgu Mad
Andaikan anda sedang menyaksikan satu perhimpunan masyarakat Melayu yang diadakan di Kelab Sultan  Sulaiman pada tahun 1946. Anda terlihat sepanduk yang tertulis “ Pertahankanlah Hak Kami ” Apakah yang cuba dipertahankan  oleh orang Melayu pada ketika itu ?

Sila berikan pendapat anda. Terima kasih.
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu Mad
Perhatian kpd pelajar tingkatan 3. Taklimat Kemahiran Berfikir (KKB) akan diadakan esok, 15/02/2012 pada jam 8 pagi - 12.30 tgh di kelas masing-masing. Pastikan anda hadir tepat pada waktunya. Kedatangan adalah wajib
Cikgu Mad
Kepada semua pelajar, kelas intervention akan di adakan pada setiap hari Isnin. Bermula jam 3.00-4.30 Petang di Perpustakaan.

Kerjasama pelajar amat cikgu hargai demi kecemerlangan Sejarah 2012.
Cikgu Mad
Kepada semua pelajar tingkatan 3, anda boleh mendapatkan nota untuk kesemua topik tingkatan 3 di blog cikgu
Cikgu Mad
Semua pelajar tingkatan 3, sentiasa mengikuti blog cikgu untuk mengetahui perkembangan kerja kursus Sejarah bagi tahun 2012.

Terima kasih.
Cikgu Mad
Kepada pelajar Tingkatan 3 B2 sila hantar buku nota dengan kadar yang segera.

Terima kasih.
Cikgu Mad
Latihan 2

 Sila dapatkan soalan latihan disini
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu Mad
Latihan 1

Dapatkan latihan anda disini
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu Mad
BAB 4
                                   KERJASAMA ANTARA KAUM KE ARAH KEMERDEKAAN

Pengenalan:
• Membina sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat bukanlah perkara mudah.
• Latihan berkerajaan sendiri terpaksa dilalui untuk memastikan rakyat tempatan mampu mentadbir negara mereka sendiri.
• Rakyat pelbagai kaum juga perlu bekerjasama dan bermuafakat untuk memastikan kemerdekaan dapat dicapai.
• Kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah berjaya mencapai kemerdekaan negara melalui perundingan tanpa pertumpahan darah sewajanya kita hargai.

4.1 Ke arah Mencapai Perpaduan Kaum

1. British telah memberi syarat supaya kerjasama kaum diadakan jika Tanah Melayu ingin
mendapatkan kemerdekaan. Tujuannya adalah untuk menjamin kestabilan politik dan keharmonian masyarakat.

2. Bagi British, hal ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi dan pelaburannya
di Tanah Melayu.
3. Usaha untuk mencapai perpaduan kaum di Tanah Melayu bermula sejak 1949 apabila timbul
kesedaran pemimpin-pemimpin pelbagai kaum berbincang untuk kepentingan bersama

LANGKAH KE ARAH KEMERDEKAAN

A. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum

1. Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee (CLC) ditubuhkan pada Januari 1949.
2. CLC merupakan satu jawatankuasa yang dianggotai oleh para pemimpin pelbagai kaum di Tanah Melayu.
3. Tujuannya adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kaum yang akhirnya membawa kepada perpaduan kaum.
4. Peringkat awal, CLC hanya dianggotai oleh orang-orang Melayu di bawah UMNO yang diketuai oleh Dato’ Onn bin Jaafar dan kaum Cina di bawah MCA yang diketuai oleh Tan Cheng Lock.
5. Pada Ogos 1949, CLC telah dianggotai oleh kaum-kaum lain seperti India, Sri lanka, Serani (Ceylon) dan Eropah.
6. CLC telah mengadakan beberapa rundingan .
7. UMNO yang mewakili kaum Melayu menuntut Ketuanan Melayu dikekalkan. Hal ini telah ditentang oleh pemimpin-pemimpin kaum lain. Hasilnya beberapa tolak ansur telah dipersetujui, seperti:

  •  Syarat kerakyatan Persekutuan dilonggarkan
  • Orang Melayu diberi bantuan ekonomi dan pelajaran
  • Sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar diwujudkan Pilihan raya peringkat bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) akan diadakan
8. Hasil rundingan dilaksanakan selepas tahun 1951.

9. Kesemua persetujuan ini dicapai sebagai satu kerjasama kaum untuk kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

B. Usaha Parti-Parti Politik Mewujudkan Perpaduan Kaum

1. Menjelang pertengahan tahun 1940-an hingga ke ambang kemerdekaan, parti-parti politik di Tanah Melayu memperlihatkan usaha-usaha ke arah kerjasama antara kaum.
2. Parti-parti politik yang terlibat dalam usaha menjalinkan kerjasama kaum ialah:

• UMNO 1946 – pimpinan Dato’Onn bin Jaafar dan Tunku Abdul Rahman
• MIC 1946 – Pimpinan K.L. Devaser
• MCA 1949 – Pimpinan Tan Cheng Lock
• IMP 1951 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar
• PAS 1951 – Pimpinan Hj. Ahmad Fuad
• Parti Negara 1954 – Pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar
3) Semasa di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar, UMNO telah bersetuju menerima cadangan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum untuk melonggarkan syarat kerakyatan kepada
orang asing.

4) Dato’ Onn juga mencadangkan supaya UMNO dibuka keahliannya kepada semua kaum, tetapi mendapat tentangan daripada ahli-ahli UMNO.

5) Dato’ Onn turut mencadangkan Sistem Ahli yang memberi peluang pentadbiran kepada penduduk pelbagai kaum.

6) Apabila UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman, beliau telah menubuhkan Parti Perikatan yang menggabungkan parti pelbagai kaum untuk menghadapi Pilihan Raya
Majlis Perundangan 1955.
7) UMNO pernah membentuk pakatan dengan MCA untuk menghadapi Pilihan Raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur 1952.

8) MIC memberi sokongan terhadap perjuangan Dato’Onn dan IMP yang mengasaskan kerjasama pelbagai kaum dalam sebuah parti politik.
9) MIC akhirnya menganggotai Parti Perikatan pada tahun 1955.

10) MCA telah mewujudkan pakatan MCA-UMNO pada tahun 1952 dan menyertai Perikatan UMNO-MCA 1954 dan kemudiannya Parti Perikatan 1955.

11) Independence For Malaya Party (IMP), PAS dan Parti Negara merupakan parti-parti yang menegakkan kerjasama kaum dalam satu parti politik . Walau bagaimanapun PAS hanya menerima keanggotaan pelbagai kaum yang beragama Islam.

Pendidikan Alat Pperpaduan

1) Sistem pendidikan penting dalam usaha mewujudkan perpaduan kaum, khususnya di kalangan generasi muda.

2) Melalui sistem pendidikan yang sama, penduduk Tanah Melayu akan dapat disatukan dengan perasaan taat setia mereka yang tidak berbelah bagi terhadap Tanah Melayu.

3) Sistem pendidikan sebelum merdeka belum mampu mewujudkan perpaduan kaum kerana pada masa itu terhadap lima sistem pendidikan yang berbeza, iaitu:

i. Sekolah Agama Islam:

(a) Terdiri daripada sekolah agama, sekolah pondok dan madrasah
(b) Bahasa Melayu atau bahasa arab digunakan sebagai bahasa pengantar
(c) Mengajar terutamanya pelajaran agama
(d) Dibiayai rakyat dan orang perseorangan
(e) Bebas daripada kawalan British
(f) Menyediakan pengajaran peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah
(g) Lepasan pelajarnya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Indonesia, India dan Mesir.

ii. Sekolah Vernakular:

(a) Didirikan oleh Kerajaan British
(b) Bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar
(c) Hanya di peringkat sekolah rendah
(d) terletak di luar bandar
(e) Suasana pembelajaran yang serba kekurangan
(f) Awalnya kurang mendapat sambutan kerana tiada pelajaran Quran.
(g) Lepasan pelajarnya hanya berpeluang melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)
(h) Lepasan pelajar tiada peluang menjawat jawatan tinggi.

iii. Sekolah Vernakular Cina:
(a) Ditubuhkan sejak akhir kurun ke-19 oleh pihak persendirian dan parti-parti politik.
(b) Menggunakan bahasa Cina khususnya bahasa Mandarin sebagai pengantar.
(c) Sukatan pelajaran, guru, buku teks di bawa dari China.
(d) Tujuannya untuk mengekalkan identiti Cina di Tanah Melayu.
(e) Berkembang pesat sebagai institusi ilmu, budaya dan bahasa Cina.
(g) Mendapat sokongan penuh daripada masyarakat Cina.
(h) Menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah.
(i) Lepasan sekolah berpeluang melanjutkan pelajaran ke pusat Pengajian Tinggi di China.

iv. Sekolah Vernakular Tamil:

(a) Ditubuhkan oleh pihak estet sebagai tanggungjawab sosial
(b) Menggunakan bahasa tamil sebagai bahasa pengantar
(c) Sukatan pelajaran berorientasikan sistem pendidikan India
(d) Guru dibawa dari India
(e) Persekitaran belajar serba kekurangan
(f) Hanya menyediakan pelajaran di peringkat sekolah rendah.
(g) Kurang mendapat sambutan kerana lebih suka anak-anak membantu di ladang.
(h) Tidak berpeluang menjawat jawatan tinggi.
v. Sekolah Vernakular Inggeris

(a) Ditubuhkan sejak kurun ke-19 oleh mubaligh Kristian
(b) Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar.
(c) Diambil alih oleh kerajaan British kerana keperluan tenaga pekerja rendah di sektor kerajaan dan swasta.
(d) Didirikan di bandar-bandar
(e) Pelajar lepasannya berpeluang melanjutkan pelajaran Ke peringkat kolej dan universiti dalam dan luar negara.
(f) Pelajar lepasan sekolah ini juga berpeluang menjawat tinggi
(g) Dipandang tinggi oleh masyarakat.
4) Perbezaan tersebut menyebabkan perbezaan politik, ekonomi dan sosial semakin buruk sehingga menghalang perpaduan kaum.

5) Mereka turut terpisah mengikut tempat tinggal dan mengamalkan budaya serta kepercayaan masing-masing. Malah, tiada satu bahasa kebangsaan yang boleh memudahkan
komunikasi.

6) Kerajaan British menyedari hal ini lebih-lebih lagi apabila berlaku penyusupan fahaman komunis melalui sekolah-sekolah Cina.
7) Bagi membaiki jurang perbezaan pendidikan dan menjana semangat perpaduan, beberapa laporan pelajaran telah diadakan.

8) Tujuannya adalah bagi memberi cadangan untuk melahirkan satu system pendidikan kebangsaan supaya pelajar-pelajarnya dapat belajar dalam sistem pendidikan yang sama dan menumpukan kesetiaan mereka kepada Tanah Melayu.

CADANGAN LAPORAN PELAJARAN
i) Laporan Barnes 1951

(a) Sekolah adalah wajib
(b) Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
(c) Sekolah Menengah dan universiti menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
(d) Bahasa Ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon
(e) Sistem latihan perguruan yang sama
(f) Sistem peperiksaan dan sistem nazir yang sama
ii) Laporan Fenn-Wu 1951

(a) Menolak cadangan Penyata Barnes kerana mahu terus mengekalkan identiti sistem
pendidikan Vernakular Cina.
iii) Ordinan Pelajaran 1952

(a) Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu

b) Sekolah Menengah dan universiti menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
(c) Sistem peperiksaan, sukatan pelajaran, latihan perguruan, dan sistem nazir adalah sama
(d) Pendidikan sekolah rendah adalah wajib.
iv) Laporan Razak 1956

(a) Mengadakan sistem sekolah umum dengan bahasa Melayu sebagai bahasa Pengantar
di sekolah rendah dan sekolah menengah.
(b) Pendidikan rendah adalah wajib
(c) Sukatan pelajaran, sistem peperiksaan , latihan perguruan, dan sistem nazir adalah
sama.
(d) Pentadbiran pendidikan adalah berpusat.
(e) Bahasa ibunda diajar jika terdapat 15 orang pelajar yang memohon.

1. Keempat-empat laporan pendidikan itu mempunyai satu hubungan yang jelas antara satu sama lain.
2. . Penyata Barnes telah menjadi asas laporan-laporan pelajaran yang lain, dan telah diperakui oleh Ordinan Pendidikan 1952.
3. Walau bagaimanapun, Laporan Fenn-Wu telah menolak menolak penggunaan bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar , dan menuntut bahasa mandarin menjadi pengantar di sekolah Cina. Dengan itu, Laporan Fenn-Wu telah mengekalkan sekolah aliran Cina sebagai satu sistem pendidikan yang tersendiri.
4. Keadaan ini menyebabkan matlamat memupuk perpaduan melalui sistem pendidikan tidak
terlaksana.

5. Penyata Razak 1956 telah menerima Penyata Barnes tetapi demi tolak ansur politik, penyata ini membenarkan penggunaan bahasa pengantar vernakular sepuluh tahun selepas merdeka.

6. Sekolah vernakular akan beransur-ansur menjadi sekolah umum yang akan menggunakan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu.
7. Dengan pelaksanaan Penyata Razak mulai tahun 1961, sistem pelajaran kebangsaan semakin menjadi realiti.

8. Ciri-ciri perpaduan melalui pendidikan dapat dilihat
melalui:
a) Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi melahirkan perpaduan di kalangan
rakyat
b) Mengadakan bahasa pengantar yang seragam bagi sekolah rendah, menengah dan universiti.
c) Penggunaan sukatan pelajaran, sistem pentadbiran yang sama dan berpusat.

4.2 Kerjasama Kaum ke Arah Berkerajaan Sendiri
1) Kerajaan British menetapkan perpaduan kaum sebagai prasyarat bagi Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri.

2) Kerjasama kaum akan menjamin perpaduan rakyat dan seterusnya menjamin kepentingan ekonomi British di Tanah Melayu tidak terjejas.

3) Justeru sejak 1951, British menekankan kerjasama kaum dalam setiap langkah ke arah berkerajaan sendiri.
Langkah-langkah ke arah Berkerajaan Sendiri.
a) Sistem Ahli 1951

i. Sistem Ahli merupakan suatu sistem pentadbiran yang melatih orang Melayu dan kaum lain dalam pentadbiran Tanah Melayu.
ii. Diperkenalkan pada Januari 1951, hasil idea Dato’ Onn bin Jaafar yang mendapat sokongan daripada kerajaan British dan Raja-raja Melayu.
iii. Cadangan tersebut selaras dengan hasrat British untuk menjalankan satu dasar yang dikenali sebagai ’dekolonisasi’.
iv. Kerajaan British berpendapat Sistem Ahli akan dapat mengurangkan tekanan parti Komunis Malaya yang sedang berusaha meluaskan pengaruhnya di kalangan penduduk Tanah Melayu.

iv. Sistem Ahli dilaksanakan selama 5 tahun setengah dan tamat pada Jun 1955.
Ciri-ciri Sistem Ahli:

  • Satu Sistem kabinet bayangan ( seakan-akan kabinet menteri di negara merdeka tetapi tidak dipilih secara pilihan raya ) yang mengandungi beberapa orang pegawai tadbir atau tokoh masyarakat. 
  • Anggotanya dikenali sebagai Ahli. Misalnya, Ahli Pelajaran ( Menteri Pelajaran)
  •  Pelantikan dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu.
  •  Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu:
  •  5 penduduk Tanah Melayu
  • 3 Melayu
  • 1 Cina
  • 1 India
  • 4 pegawai British
  • Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruh Jaya
Tinggi British.
Ahli-ahlinya :
Dato’Onn bin Jaafar Ahli Hal-Ehwal Dalam Negeri 1951-1955
Dato’ Mahmud Mat Ahli Tanah dan Perlombongan 1951-1954
Tunku Yaacob Almarhum Sult.Abdul Halim Shah Ahli Pertanian dan Perhutanan 1951-1955
E.E.C. Thuraisingham Ahli Pelajaran 1951-1955
Dr. Lee Ting Keng Ahli Kesihatan 1951-1954
v. Pada tahun 1955, Wakil UMNO, Tun Dr. Ismail, Abdul Rahman dan wakil MCA, H.S.Lee telah menganggotai Sistem Ahli.

vi. Sistem Ahli menggambarkan proses perpaduan kaum yang kukuh di Tanah Melayu. Ini adalah kerana ahli-ahli yang dilantik adalah gabungan pemimpin- pemimpin pelbagai kaum di negara ini.

vi. Sistem Ahli merupakan unsur penting dalam menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai dapat diperjuangkan oleh semua penduduk pelbagai kaum.
• Sistem Ahli juga memberi pendedahan kepada penduduk tempatan untuk mentadbir dan menerajui sebuah kerajaan walaupun Tanah Melayu masih dikuasai British.

b. Kelonggaran Kerakyatan Persekutuan

i. Jawatankuasa Hubungan Antara kaum telah mencadangkan agar syarat kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu dilonggarkan.
ii. Cadangan ini bertujuan untuk memberi taraf kewarganegaraan kepada golongan imigran supaya mencurah taat setia sepenuhnya kepada Tanah Melayu di samping mengelakkan golongan imigran daripada terus terpengaruh dengan Parti Komunis Malaya.
iii. Cadangan ini dipersetujui UMNO, Raja-raja Melayu dan kerajaan British.
iv. Kelonggaran syarat kerakyatan ini dibuat dalam dua peringkat iaitu peringkat persekutuan dan peringkat negeri.
v. Di peringkat persekutuan, kerakyatan dilonggarkan dengan tiga cara, iaitu:
  •  secara kuat kuasa undang-undang ( operation of law)
  • secara permohonan (application)
  • Secara naturalisasi ( naturalization)
KELONGGARAN SYARAT KERAKYATAN PERSEKUTUAN.


Secara Kuat Kuasa Undang-Undang
(Operation of law)
• Seorang rakyat raja di negeri Melayu
• Seorang warganegara British dan koloni-koloninya (Hong Kong, Australia, New Zealand, India dan Burma ) yang lahir di Negeri-negeri Selat.
Secara Permohonan
• ( Application) Seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang berumur 18 tahun, berkelakuan baik, dan bersedia mengangkat sumpah taat setia kepada Persekutuan.
• Kerakyatan ini diberi oleh Pesuruhjaya Tinggi kerana telah berjasa dengan Tanah Melayu.
Secara Naturalisasi
• (Naturalization) Seseorang warganegara British dan koloni-koloni yang telah menetap di negeri ini selama 10 tahun daripada 12 tahun berturut-turut.

vi. Kerakyatan di peringkat negeri yang telah dilonggarkan dikenal sebagai Kerakyatan Negeri 1951.
Tujuannya bagi melahirkan perpaduan di kalangan penduduk negeri-negeri Melayu.

vii. Kelonggaran bertujuan mengiktiraf golongan imigran sebagai rakyat raja Melayu.

vii. Syarat-Syarat Kerakyatan Negeri 1951

Syarat Kuat Kuasa Undang-Undang Secara Permohonan
• Orang asli di negeri-negeri Melayu
• Seorang melayu dilahirkan di negeri Melayu
• Seorang bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapanya dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu.
• Seorang yang telah berumur 21 tahun, dilahirkan di negeri itu, berkelakuan baik,
mengangkat sumpah setia kepada raja, dan melepaskan kewarganegaraan asal.

ix. Perubahan syarat kerakyatan ini menyebabkan rakyat Raja Melayu bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu dan orang asli, bahkan juga golongan imigran. Inilah asas penting sebuah kerakyatan kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu.

x. Sebagai tukar ganti kepada persetujuan orang-orang Melayu terhadap kelonggaran kerakyatan persekutuan dan negeri itu, Kerajaan British telah menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority (RIDA)
xi. Penubuhan RIDA adalah untuk membantu meningkatkan taraf sosioekonomi orang-orang
Melayu di luar bandar.

xii. Dato’Onn telah dipertanggungjawabkan menjadi pengerusi RIDA yang pertama.

xiii. RIDA kemudiannya digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada 1966 dan
berkekalan sehingga kini.
c) Pembentukan Parti Perikatan

i. Pembentukan parti perikatan merupakan satu usaha parti-parti politik pelbagai kaum bekerjasama untuk mendapatkan kemerdekaan.

ii. Pemimpin UMNO, MCA, MIC berpendapat penubuhan Perikatan akan mewujudakn perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum.

iii. Prinsip kerjasama antara parti politik lebih diterima umum berbanding kerjasama pelbagai kaum dalam satu parti yang pernah diperjuangkan oleh Dato’ Onn melalui IMP dan Parti Negara.
Labels: 0 comments | edit post
Cikgu Mad
Bagi yang bosan membaca, anda juga boleh mendengar gagasan Malayan Union  melalui video berikut



  Penentangan Malayan Union

Kearah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

Labels: 0 comments | edit post
Cikgu Mad
BAB 7
MALAYSIA YANG BERDAULAT

7.1 GAGASAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

·   Merupakan cadangan penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei
·   Ditadbir dalam satu unit politik

IDEA PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

·   Cadangan dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman
·   Merupakan perjuangan untuk bebaskan Sarawak, Sabah, Singapura & Brunei daripada penjajahan British
·   Gabungkan negeri2 berkenaan dengan Tanah Melayu & membentuk Persekutuan Malaysia

CADANGAN TUNKU ABDUL RAHMAN

·   Tunku Abdul Rahman kemukakan cadangan semasa majlis makan tengah hari Persatuan Wartawan2 Luar Asia Tenggara
·   Bertempat di Hotel Adelphi, Singapura 27 Mei 1961
·   Mendapat sambutan positif pemimpin2 wilayah terbabit
·   Julai 1961 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan
·   Tujuan adakan rundingan dengan pemimpin2 wilayah terlibat
·   Tiga bulan kemudian Tunku Abdul Rahman membawa idea ini ke Dewan Rakyat
·   Gagasan ini mendapat liputan meluas akhbar Berita Harian – “Melayu Raya: Cadangan Tengku dapat sambutan”

MATLAMAT PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

i. Mempercepatkan Kemerdekaan:
·   Sarawak, Sabah & Singapura bersaiz & berpenduduk kecil sukarkan usaha mendapat kemerdekaan sendiri
·   Mempercepatkan kemerdekaan Sabah, Sarawak & Singapura

ii. Keseimbangan Kaum:
·   Mengimbangi penduduk Melayu & bumiputera dengan bukan bumiputera dalam Persekutuan Malaysia

iii. Memajukan Sosioekonomi:
·   Wujudkan satu kawasan pasaran ekonomi lebih luas
·   Menyatukan sumber tenaga manusia & sumber asli di kalangan negeri
·   Hapuskan sekatan cukai di kalangan negeri Persekutuan
·   Memudahkan usaha untuk menarik pemodal luar
·   Memajukan taraf hidup rakyat Sarawak, Sabah & Brunei

iv. Keselamatan & Kestabilan Negara:
·   Selamatkan Singapuea & Sarawak daripada jatuh ke tangan komunis

7.2 REAKSI PEMBENTUKAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

·   Terdapat pelbagai reaksi, antaranya daripada;
a.    Negeri2 Terlibat
b.   Negara2 Jiran
c.    Negara2 Barat

a. Reaksi Negeri2 Terlibat:

i. Tanah Melayu:
·   Sambutan menggalakkan daripada parti2 politik Tanah Melayu
·   Sokongan rakyat ditunjukkan melalui perhimpunan pelajar di Universiti Malaya
·   Terdapat perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaan tetapi penduduk terima prinsip gagasan
·   Contoh: Parti PAS sokong idea pembentukan tetapi juga cadangkan pembentukan Melayu Raya merangkumi Indonesia

ii. Singapura:
·   Parti Tindakan Rakyat (PETIR) pimpinan Lee Kuan Yew sokong gagasan
·   Gagasan ini dapat selamatkan PETIR daripada dikuasai parti2 berhaluan kiri
·   Gagasan ditentang oleh Barisan Sosialis & Parti Rakyat Singapura kerana anggap gagasan adalah idea British untuk kekalkan pengaruh
·   Referendum (pungutan suara) diadakan bagi tujuan meninjau pendapat penduduk Singapura
·   Hasilnya – penduduk Singapura sokong gagasan

iii. Sabah:
·   Suara hati rakyat ditunjukkan melalui penubuhan parti2 politik baru
·   Antaranya;
a.    Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) – menyokong
b.   Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) – menyokong
c.    Parti Bersatu – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
d.   Parti Demokratik – awalnya menyokong dengan syarat Sabah merdeka dahulu tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
e.    Pasok Momogun – awalnya menentang kerana anggap Sabah perlu bersatu dengan Sarawak & Brunei tetapi akhirnya sokong tanpa syarat
·   Kesannya;
a.       Semua parti politik di Sabah bergabung membentuk Perikatan Sabah pimpinan Donald Stephens & Tun Datu Mustapha bin Datu Harun
b.       Perikatan Sabah menang pilihan raya Majlis Daerah 1962
c.        Rakyat Sabah sepakat menyokong gagasan

iv. Sarawak:
·   Antara reaksinya adalah;
a.    Parti Negara Sarawak (PANAS) pada awalnya menentang kemudian menyokong penuh
b.   Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) pada awalnya menentang kemudian menyokong
c.    Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menentang kerana menganggap Sarawak perlu bersatu dengan Sabah & Brunei sahaja
d.   Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) menyokong  penuh
e.    Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) menyokong penuh
f.     Persatuan Cina Sarawak (SCA) menyokong penuh
·   Kesannya;
a.    Semua parti politik Sarawak ambil keputusan sertai Persekutuan Malaysia kecuali SUPP
b.   Parti2 tersebut membentuk Perikatan Sarawak
c.    Menang pilihan raya Majlis Daerah pertama tahun 1963

v. Brunei:
·   Idea gagasan disokong kuat Sultan Omar Ali Saifuddin
·   Ia ditentang oleh Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari
·   Alasan menentang – Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia
·   Parti Rakyat Brunei cadangkan penubuhan Kerajaan Kalimantan Utara – terdiri daripada Brunei, Sarawak & Sabah
·   Parti Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan apabila usul menentangnya ditolak Majlis Undangan Negeri Brunei
·   Rundingan dilaksanakan hingga ke sata2 akhir
·   Akhirnya pada Julai 1963 Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia kerana tiada kata sepakat dalam 2 isu berikut;
a.    Isu minyak
b.   Isu kekananan Sultan Brunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong

b. Reaksi Negara Jiran:

i. Indonesia:
·   Awalnya menyokong pembentukan Malaysia
·   Menteri Luar Indonesia, Dr. Subandrio utus surat tahniah kerana usaha tersebut
·   Akhirnya pendirian Indonesia berubah & tidak menyokong gagasan kerana;
a.    Terpengaruh dakyah Parti Komunis Indonesia (PKI)
b.   PKI menuduh Persekutuan Malaysia sebagai neokolonialisme (penjajahan baru melalui tekanan ekonomi)
c.    Sebenarnya PKI tergugat dengan pembentukan Malaysia yang akan menyekat pengaruhnya
d.   Presiden Soekarno berhasrat menyatukan Indonesia dengan Tanah Melayu membentuk – Indonesia Raya

ii. Filipina:
·   Menentang  pembentukan Malaysia kerana mendakwa Sabah sebahagian wilayah Kesultanan Sulu miliknya
·   British tidak melayan tuntutan kerana dianggap tidak berasas
·   Laporan Suruhanjaya Cobbold & Suruhanjaya PBB sahkan rakyat Sabah setuju menyertai Malaysia

c. Negara2 Barat:
·   Disokong oleh kerajaan Britain & Amerika Syarikat
·   Mereka sokong kerana;
a.         Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan proses kemerdekaan Singapura, Sarawak, Sabah & Brunei
b.         Pengaruh komunis juga dapat disekat

7.3 Perjanjian & Perisytiharan Persekutuan Malaysia

Langkah2 Ke Arah Pembentukan Persekutuan Malaysia

Langkah 1:
·   27 Mei 1961 – gagasan Persekutuan Malaysia dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman

Langkah 2:
·   Julai 1961 – penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
·   Matlamat – memberi penerangan kpd pemimpin2 Sarawak & Sabah
·   Hasil laporan – penubuhan Suruhanjaya Cobbold

Langkah 3:
·   Februari hingga April 1962 – penubuhan Suruhanjaya Cobbold
·   Matlamat – meninjau pandangan penduduk Sarawak & Sabah
·   Hasil laporan – bersetuju sertai Malaysia

Langkah 4:
·   Ogos 1962 – penubuhan Jawatankuasa antara Kerajaan (JAK)
·   Matlamat – bincangkan hak & kepentingan Sabah, Sarawak & Brunei untuk dimasukkan dalam perlembagaan
·   Hasil laporan – tuntutan 20 perkara Sabah (juga dipersetujui oleh Sarawak) dicadangkan & dimasukkan dalam perlembagaan

Langkah 4:
·   Penubuhan Referendum Singapura
·   Matlamat – meninjau pendapat penduduk Singapura
·   Hasil – bersetuju sertai Malaysia

Langkah 5:
·   Ogos 1963 – penubuhan Suruhanjaya PBB
·   Matlamat – meninjau semula pandangan penduduk Sarawak & Sabah atas permintaan Indonesia & Filipina
·   Hasil – penduduk Sabah & Sarawak setuju sertai Malaysia

Langkah 6:
·   16 September 1963 – perisytiharan Persekutuan Malaysia

Suruhanjaya Cobbold:
·   Tujuan – mendapatkan pandangan penduduk Sabah & Sarawak tentang penyertaan dalam Persekutuan Malaysia
·   Ahli – Muhammad Ghazali bin shafie, Wong Pow Nee, Lord Cobbold (Pengerusi), David Watherston & Anthony Abell
·   Hasil laporan:
  1. satu per tiga penduduk Sabah & Sarawak menyokong
ii.  satu per tiga penduduk sokong  tapi dgn syarat kepentingan mereka dilindungi
iii. satu per tiga penduduk ingin Sabah & Sarawak merdeka dahulu sebelum sertai Malaysia
·   laporan keseluruhan didapati semua penduduk Sabah & Sarawak setuju sertai pembentukan Malaysia

PENGISYTIHARAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
·   Perlembagaan Persekutuan Malaysia digubal berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) & Tuntutan 20 Perkara
·   9 Julai 1963 – Perjanjian Persekutuan Malaysia ditandatangani di Malborough House, London
·   Kandungan utama perjanjian:
i. Semua urusan hal ehwal luar menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan
ii. Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan kecuali Sarawak & Sabah tetapi agama lain bebas diamalkan
ii.           Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris & bahasa lain masih boleh digunakan
iii.          Bagi Sarawak & Sabah, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas pembentukan Persekutuan Malaysia
iv.          Sarawak & Sabah diberikan kuasa mengawal hal ehwal imigresen & perkhidmatan awam
v.            Rakyat bumiputera di Sarawak & Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

·   Isi perjanjian kemudian dimasukkan dlm Perlembagaan Persekutuan Malaysia
·   Memorandum Perjanjian Persekutuan Malaysia bagi Sabah & Sarawak diwakili Donald Stephens
·   Dokumen pemasyhuran Persekutuan malaysia diserahkan oleh yang di-Pertuan Agong kepada Tunku Abdul Rahman
·   16 September 1963 - Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri) bacakan Deklarasi Penubuhan Persekutuan Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
·   Sebanyak 101 das tembakan meriam & laungan ‘MERDEKA’ sebanyak 7 kali dilaungkan
·   Pengisytiharan dilakukan di Kuching, Sarawak & di Kota kinabalu, Sabah
·   Berita penubuhan Persekutuan Malaysia disiarkan oleh akhbar Berita Harian

Antara Tuntutan 20 Perkara Sabah:
·   Tiada agama rasmi
·   Kebebasan beragama
·   Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi
·   Imigresen di bawah kuasa kerajaan negeri
·   Malaysia menjadi nama persekutuan
·   Dasar pelajaran sedia ada dikekalkan
·   Peruntukan kerusi parlimen
·   Pelantikan ketua negeri oleh ratu British & Yang di-Pertuan Agong

KONFRONTASI DAN PERDAMAIAN
·   Maksud  konfrontasi - sikap penentangan terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia oleh Indonesia & Filipina
·   Sebab2 berlaku - Indonesia & Filipina enggan iktiraf penubuhan Malaysia
·   kesan:
 - berlaku konfrontasi & tentera Indonesia menceroboh beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak & Sabah
-  hubungan Indonesia & Malaysia tegang
·   Konfrontasi didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI)

Usaha Ke Arah Perdamaian Malaysia - Indonesia
Mei 1963 - Rundingan Tidak Rasmi di Tokyo antara Tunku Abdul Rahman & Presiden
Labels: 0 comments | edit post

Followers

Powered by Blogger.