Cikgu Mad

BAB 3
ANCAMAN PARTI KOMUNIS MALAYA
&
DARURAT

·   PKM cuba menggulingkan sistem pemerintahan sedia ada untuk digantikan dengan Republik Komunis Malaya

3.1 PENYUSUPAN & KEGIATAN PENGGANAS MOMUNIS

Asal-Usul Fahaman Komunis
·   Komunisme diasaskan oleh Karl Marx pertengahan abad ke-19
·   Karl Marx – tulis buku The Communist Manifesto, Das Capital & The German Ideology
·   Merupakan fahaman yang menentang golongan feudal & imperialis secara kekerasan untuk menggantikan pemerintahan bercorak fahaman komunis
·   Feudal – sistem kemasyarakatan yang dikuasai golongan bangsawan
·   Imperialis – negara yang menjajah atau mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara lain
·   Komunisme memperjuangkan masyarakat tanpa kelas, memiliknegarakan tanah & perindustrian
·   Fahaman komunis dianuti beberapa negara seperti Rusia & China

Cara Fahaman Komunis Tersebar Di Tanah Melayu
·   Di TM ia disebarkan melalui Parti Kuomintang (KMT) & Parti Komunis Nanyang
·   Ejen komunis sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan2, kelas2 malam & penerbitan
·   Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1924-1930
·   Orang Melayu tidak berminat dengan fahaman komunis kerana;
·   Bertentangan dengan agama Islam & adat resam orang Melayu
·   Fahaman komunis tidak mengakui kewujudan tuhan (ateis)
·   Komunis menggunakan kekerasan & kezaliman untuk mencapai matlamat

Penubuhan PKM
·   PKM ditubuhkan pada tahun 1930
·   Tujuan PKM – menubuhkan Republik Komunis Malaya
·   PKM melatih ramai kader & menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja
·   Kader – anggota baru PKM yang dilatih untuk menjadi penyokong yang taat setia
·   PKM cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal
·   Tahun 1935 kegiatan PKM menjadi semakin agresif
·   Antara kegiatannya;
·   Mempengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang & kilang
·   Menggalakkan kegiatan sabotaj, mogok & tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai
·   PKM melancarkan mogok & sabotaj untuk melumpuhkan ekonomi British
·   Buktinya;
·   Di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor – seramai 6000 orang melancarkan mogok & mengambil alih lombong
·   British menghantar 300 orang polis untuk tamatkan mogok
·   Kesan – ramai pemimpin Cina dihantar balik ke China & pemimpin PKM ditahan

PKM Semasa Jepun Menguasai TM:
·   PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun
·   Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura
·   Sekolah ini menjadi markas pasukan gerila menentang tentera Jepun di Tanah Melayu
·   PKM membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti-Jepun Rakyat Tanah Melayu
·   British membekalkan senjata kepada MPAJA melalui Force 136

PKM Selepas Jepun:
·   Selepas perang tamat, pihak Pentadbiran Tentera British (PTB) meminta MPAJA dibubarkan & menyerahkan senjata
·   PKM bersetuju bubarkan MPAJA
·   Sebaliknya PKM tidak menyerahkan semua senjata & sembunyikan sebahagiannya
·   Langkah mengatasi – British membayar $350.00 kepada setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata & menerima satu beg beras
·   PKM yang menyusup masuk dalam kesatuan sekerja terlibat secara aktif dalam pergerakan politik

Keganasan Komunis
·   Tahun 1948 beberapa orang wakil PKM menghadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia di Culcutta, India
·   Persidangan ini menggalakkan parti2 komunis mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
·   Kesan persidangan – PKM menubuhkan unit gerila Malayan Races Liberation Army (MRLA)
·   PKM memulakan pemberontakan & keganasan, antaranya;
·   PKM menyerang ladang & lombong milik syarikat Eropah
·   Contoh – PKM musnahkan ladang di Kampung Simpang Tiga, Sitiawan, Perak kerana penduduk enggan bekerjasama
·   PKM menjalankan aktiviti keganasan dengan menyerang balai polis, membakar kilang, membakar bas, merosakkan landasan kereta api & membunuh orang yang bersubahat dengan  British
·   Menakik pokok getah – tujuan melumpuhkan ekonomi British
3.2 LANGKAH MEMBANTERAS ANCAMAN KOMUNIS

Pengisytiharan Darurat
·   Pengganas komunis membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak
·   Peristiswa ini menggemparkan British
·   Kesannya – Jun 1948 Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent mengisytiharkan darurat di seluruh TM
·   Tujuan – melindungi kepentingan ekonomi British di TM
·   Kesan - British Kuatkuasakan Undang2 Darurat 1948
·   Undang2 ini membolehkan British menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam kegiatan komunis
·   Pasukan keselamatan dibenarkan menggeledah rumah kediaman, memindahkan penduduk ke penempatan baru atau memagar kawasan kampung yang disyaki penduduknya membantu pengganas komunis

British Mengharamkan PKM & Parti2 Yang Berhaluan Kiri
·   PKM diharamkan pada 23 Julai 1948
·   Parti2 politik berfahaman kiri yang perjuangkan kemerdekaan juga diharamkan seperti;
·    Angkatan Wanita Sedar (AWAS)
·    Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA)
·    Pemuda Radikal Melayu (PERAM)
·    Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
·   Parti Hizbul Muslimin

Memperbesarkan Pasukan Keselamatan

i. Menambah Anggota Polis & Tentara
·   Pasukan polis disusun semula & diperbesar hingga seramai 70 000 orang
·   British membawa masuk askar dari negara2 Komanwel seperti dari Australia, New Zealand, Afrika Timur & Fiji
·   Tujuan - menghapuskan ancaman komunis di TM

ii. Menubuhkan Pasukan Home Guard
·   Ditubuhkan di peringkat kampung
·   Tujuan – membantu pasukan polis & tentera menjaga keselamatan
·   Anggota terdiri daripada kaum lelaki & wanita
·   Kesan;
·   Meniupkan semangat yang berkobar2 untuk mempertahankan negara di kalangan rakyat
·   Sultan Selangor memberi kata2 semangat kepada pasukan ini
·   Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney berasa kagum dengan kesanggupan & keberanian orang Melayu melawan pengganas komunis secara berhadapan
·   Seramai 24 000 orang Mata2 Khas Melayu (Special Constables) telah dilatih & dihantar mengawal ladang & kawasan lombong yang terpencil
·   Pasukan keselamatan mengebom & melakukan serangan hendap ke atas kawasan yang menjadi sarang komunis dengan bantuan Tentera Udara British

Rancangan Briggs
·   Dilancarkan oleh Sir Henry Gurney tahun 1950
·   Pengarah Operasi ialah Leftenan Jeneral Sir Harold Rowdon Briggs
·   Rancangan ini melibatkan penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan penempatan baru
·   Digelar ‘kampung baru’
·   Contoh – kampung baru di Seberang Perai, Pulau Pinang
·   Tujuan – menyekat bekalan makanan, wang, maklumat & ubat-ubatan kepada pihak komunis
·   Tindakan ini sangat berkesan melumpuhkan gerakan Min Yuen di TM apabila penduduk setinggan Cina dipindahkan ke kampung baru
·   Min Yuen – ditubuhkan oleh PKM untuk memberi maklumat, bekalkan makanan & ubat kepada pengganas komunis
·   Anggotan Min Yuen – pekerja lombong & ladang

Cara Pelaksanaan Rancangan Briggs
·   Seramai 400 000 orang penduduk setinggan Cina dipindahkan ke lebih 400 buah kampung baru di seluruh TM
·   Kampung baru dilengkapi kemudahan asas seperti tempat tinggal, sekolah, kemudahan kesihatan, bekalan elektrik & air paip
·   Ia dipagari dengan kawat berduri & dikawal ketat oleh Special Constables (SC)
·   Setiap ketua keluarga diberi kad catuan makanan bagi memastikan setiap anggota keluarga memperoleh bekalan makanan secukupnya
·   Pergerakan keluar masuk setiap penduduk dikawal selia setiap masa
·   Kerajaan juga melaksanakan program “Gerakan Kelaparan” – tujuan memastikan pihak komunis tidak mendapat sebarang bekalan makanan, senjata, maklumat & ubat
·   Briggs menyokong penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949 untuk membantu setinggan Cina di kampung baru
·   MCA merupakan pertubuhan sosial masyarakat Cina & menjalankan aktiviti kutipan derma melalui jualan loteri kebajikan
·   Kutipan jualan loteri didermakan kepada  penduduk Cina di kampung baru



Langkah-Langkah Keselamatan Yang Dilaksanakan British Bagi Menggempur Pengganas Komunis Di Kampung Baru

i. Mengadakan Sekatan Jalan Raya
·   Tujuan – mencegah bekalan makanan, ubat & maklumat sampai ke tangan komunis
·   Tanpa barang2 keperluan ini pengganas komunis terpaksa keluar dari tempat persembunyian mereka
·   Ia memudahkan pasukan keselamatan menggempur pengganas komunis

ii. Sistem Pendaftaran Kebangsaan
·   Tujuan – mengawal pergerakan penduduk
·   Setiap penduduk berumur 12 tahun atau lebih mesti didaftarkan & diberi kad pengenalan untuk membezakannya dengan pengganas komunis

Kesan Kejayaan Rancangan Briggs
·   Berjaya melumpuhkan rangkaian gerakan PKM
·   Sokongan terhadap PKM semakin merosot
·   Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat di Pahang, PKM mengambil keputusan mengurangkan kekejaman terhadap orang awam
·   PKM berundur ke selatan Thailand

Perang Saraf
·   Merupakan rancangan British menghapuskan pengganas komunis melalui kempen “memenangi hati & fikiran rakyat”
·   Tahun 1952 Sir Gerald Templer dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British di TM & Pengarah Gerakan
·   Beliau menggantikan Sir Henry Gurney yang mati dibunuh dalam serangan hendap oleh komunis ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser
·   Sir Gerald Templer menyedari penggunaan kekerasan & senjata semata2 tidak akan berjaya menghapuskan pengaruh komunis

Kempen2 & Langkah2 Yang Dilaksanakan British Untuk Menjayakan Perang Saraf

i. Kempen “Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis”
·   Dilaksanakan dengan jayanya
·   Penduduk pelbagai kaum bersama2 membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis
·   Penduduk membakar patung2 komunis

ii. Mengedar Risalah Menentang Komunis
·   Risalah diedarkan ke seluruh TM
·   Perang saraf ini menimbulkan kebencian penduduk terhadap kekejaman komunis
·   Penduduk rela hati menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan & polis untuk mempertahankan tanah air

iii. Konsep “Kawasan Hitam” & “Kawasan Putih”
·   Kawasan hitam merupakan kawasan yang terdapat kegiatan komunis yang aktif & dikenakan perintah berkurung
·   Perintah berkurung – larangan kepada setiap individu daripada keluar rumah bermula jam 6 petang hingga 6 pagi
·   Kawasan putih ialah kawasan bebas daripada ancaman komunis
·   Contoh kawasan putih – Melaka, Terengganu, Kedah, Perlis & Negeri Sembilan
·   Ia diisytiharkan oleh Sir Gerald Templer pada tahun 1954

iv. British Melonggarkan Syarat Kerakyatan Kepada Orang Cina
·   Tujuan – menarik sokongan orang Cina terhadap usaha perang saraf
·   Tahun 1952 seramai 1.2 juta orang Cina & 180 ribu orang India menjadi warganegara TM
·   Ia menunjukkan pengorbanan orang Melayu terhadap kaum lain demi perpaduan & kesejahteraan rakyat

v. British Menaikkan Jumlah Hadiah Tentang Gerila Komunis
·   Diberikan kepada mereka yang berjaya menangkap & memberi maklumat berkaitan komunis
·   Contoh;
·   Hadiah menangkap Chin Peng hidup atau mati sebanyak $250 000
·   Chin Peng merupakan Setiausaha PKM yang berasal dari Sitiawan Perak & nama sebenarnya Ong Boon Hua
·   Hadiah untuk menangkap atau membunuh orang kanan Chin Peng sebanyak $200 000
·   Tawaran hadiah ini telah disiarkan dalam surat khabar The Straits Times pada 1 Mei 1952 di Singapura

vi. Peranan Sultan & Menteri Besar
·   Sultan & menteri besar setiap negeri sering mengingatkan rakyat tentang langkah2 kerajaan menentang komunis
·   Contoh;
·   Sultan Pahang - sentiasa ingatkan rakyatnya jangan terpedaya dengan janji komunis & orang Melayu yang menyokong komunis dianggap pengkhianat negara
·   Menteri Besar Pahang – mengingatkan orang ramai kekejaman Tentera Bintang Tiga
·   Dato’ Onn Jaafar – menyeru rakyat membantu kerajaan menghapuskan komunis di TM
·   Kerajaan berusaha menimbulkan kebencian rakyat terhadap komunis dengan menggelar mereka sebagai pengganas

vii. Menguatkuasakan Peraturan Catuan Bekalan Makanan
·   Pengganas komunis yang terdesak terpaksa bercucuk tanam untuk mendapatkan bekalan makanan sendiri di dalam hutan
·   Pasukan keselamatan berjaya gagalkan rancangan komunis dengan menyembur racun ke kawasan tanaman tersebut

Pengampunan Beramai-Ramai
·    Tujuan – menggalakkan pengganas komunis menyerah diri
·   Pada tahun 1955 sebanyak 40 juta risalah & 12 juta pas pengampunan diedarkan dalam bahasa Cina, Melayu & Tamil
·   setiap hari Radio Malaya menyiarkan syarat tawaran pengampunan itu
·   Poster ditampal di serata tempat
·   Iklan & wayang gambar digunakan untuk membantu penduduk memujuk pengganas komunis menyerah diri

Pertemuan Baling
·   Dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persektuan tahun 1955, Parti Perikatan mengemukakan manifesto yang menjanjikan kemerdekaan segera & menamatkan darurat
·   Tunku Abdul Rahman berjanji jika diberi mandat akan berunding dengan pihak komunis
·   Pada Oktober 1955, Chin Peng menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengadakan rundingan
·   Pada 28 & 29 Disember 1955 pertemuan antara Tunku Abdul Rahman dengan Chin Peng diadakan di pekan Baling, Kedah iaitu di Sekolah Inggeris Baling
·   Rundingan ini diwakili oleh;
·   Wakil kerajaan PTM – Tunku Abdul Rahman, David Marshall & Tun Tan Cheng Lock
·   Wakil PKM – Chin Peng, Chien Tien & Rashid Maidin
·   Tunku Abdul Rahman meminta supaya Chin Peng membubarkan PKM, meletak senjata & menyerah diri
·   Chin Peng pula mengenakan syarat iaitu PKM hanya akan letak senjata & menyerah diri sekiranya kerajaan bersetuju mengakui PKM sebagai sebuah parti politik yang sah
·   Hasilnya – pertemuan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman enggan bertolak ansur dengan syarat Chin Peng
·   Alasan Tunku Abdul Rahman;
·   Fahaman komunis tidak sesuai dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di TM
·   Beliau sedia berunding dengan PKM pada bila2 masa jika PKM berubah fikiran
·   TM mencapai kemerdekaan semasa undang2 darurat belum ditamatkan lagi
·   Apabila TM merdeka pengaruh komunis semakin merosot
·   Pada 31 Julai 1960 kerajaan isytiharkan darurat tamat


3.3 KESAN DARURAT

Kesan Politik

i. Undang2 Darurat 1948
·   Diperkenalkan kerana kekejaman & keganasan komunis
·   Tujuan – membendung gerakan kebangsaan berhaluan kiri walaupun bukan bercorak komunis & juga gerakan Min Yuen

ii. Kelonggaran Syarat Kerakyatan
·   Diberikan kepada orang bukan Melayu tahun 1952
·   Tujuan – menarik minat mereka supaya tidak memihak kepada komunis

iii. British Menyegerakan Pemberian Kemerdekaan
·   Darurat menjadi faktor penting British memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada rakyat TM
·   Ia disuarakan British sebelum Pertemuan Baling diadakan
·   Tujuan British – supaya PKM tidak mempunyai alas an untuk meneruskan perjuangan mereka

iv. Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)
·   Merupakan usaha menarik minat orang Cina melibatkan diri dalam politik berhaluan kanan
·   Kesan;
·   Orang Cina mula memberi kerjasama & membantu kerajaan membanteras komunis
·   Berjaya mengikis pandangan negatif penduduk tempatan terhadap orang Cina yang menganggap semua orang Cina adalah pengganas komunis

Kesan Ekonomi

i. Kehidupan Rakyat Tidak Tenteram
·   Keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian

ii. Kemusnahan Kemudahan Asas
·   Berlaku kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam

iii. Gangguan Terhadap Buruh Ladang
·   Keadaan ini menjejaskan pengeluaran sumber ekonomi negara
·   Ramai pekerja ladang berasa tidak selamat untuk bekerja

iv. Perbelanjaan Kerajaan Meningkat
·   Kerajaan membelanjakan sebanyak $250 000 hingga $300 000 sehari semasa darurat
·   Dalam tempoh 12 tahun kerajaan membelanjakan sebanyak $721.9 juta bagi tujuan;
·   Membeli peralatan ketenteraan untuk mengukuhkan pertahanan
·   Memperbesar pasukan keselamatan, menambah bilangan polis, tentera & Home Guard untuk melindungi keselamatan rakyat

v. Pembangunan Luar Bandar Terabai
·   Kerajaan lebih menumpukan perhatian kepada usaha membanteras komunis & darurat
·   Lebih ditumpukan kepada pembangunan di perkampungan baru
·   Kesan – pembangunan luar Bandar kurang diberi perhatian

Kesan Sosial

i. Kecederaan & Kematian
·   Ramai anggota pasukan keselamatan, pengganas komunis & orang awam terkorban
·   Akhir tahun 1950-an jumlah yang dikenal pasti ialah;
·   Seramai 21 231 orang awam & tentera terbunuh & cedera
·   Seramai 6133 orang pengganas komunis terkorban

ii. Penduduk Hidup Sengsara & Menderita
·   Peperangan menentang komunis berlangsung selama 12 tahun
·   Ia membawa kesengsaraan hidup penduduk TM
·   Antaranya;
·   Penduduk sukar bergerak
·   Sukar mendapat bekalan makanan
·   Terpaksa mematuhi pelbagai undang2 yang dikenakan kerajaan
·   Penduduk luar bandar tidak dapat menjalankan aktiviti harian
·   Pekebun kecil tidak dapat mengusahakan pertanian kerana larangan perintah berkurung
·   Terpaksa bergantung kepada makanan seperti ubi & keledek kerana catuan bekalan makanan sama seperti zaman pendudukan Jepun

iii. Masalah Hubungan Kaum
·   Tempoh darurat yang panjang memberi kesan kepada hubungan kaum di TM
·   Tahun 1949 ditubuhkan Community Liaison Committee (CLC) atau Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
·   Tujuan – mengeratkan kerjasama antara kaum di TM

iv. Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
·   Dasar ini berorientasikan kandungan sukatan pelajaran TM sendiri
·   Tujuan – memupuk cintakan tanah air di kalangan generasi muda
·   Penggunaan bahasa pengantar yang sama diharapkan dapat memupuk persefahaman antara kaum
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment

Followers

Powered by Blogger.